Monday, December 21, 2009

Lagenda Pengapit Sungai Besar

Salam..

Jumaat minggu lepas adalah Awal Muharam 1431 Hijriah. Aku pun balik kampung Sungai Besar dengan Chef Linda dan Khayraa. Ramainye orang kawin sabtu dan ahad mggu lepas. Kawan aku (Nizam Masruro) pun adalah salah seorang mangsa yang berkahwin minggu lepas ni.. hahah...

Cerita aku berkisar pada si pengapit pengantin lelaki kepada kawan aku yang kawin tu.. Actually kawan aku gak la.. selang 2 buah rumah je. Dari kecik bersukan bersama, pinjam Kreko dia, smuanya dia la.. Macam Abang Long la (ni dia yang declare diri sendiri... hahaha)..

Dipendekkan cerita, akhirnya si-pengapit ni akan kawin jugak selepas semua kawan2 dia yang lagi muda dan sebaya dengan dia dah kawin lebih awal... thn dpn insyaAllah dlm bulan Januari. Tapi sejarah kegemilangannya tak akan dapat dilupakan rakyat sungai besar. Kegemilangannya menjadi pengapit tetap kepada hampir 5-6 majlis perkahwinan sahabat2 baik nya...

Hebat kan? tapi dia best sebab dia sentiasa sudi membantu mjadi pengapit walaupun majlis tu jauh beribu batu.

Tapi dia nak kawin nnt siapa nk jadi pengapit dia? Itu la persoalan yang ditanyakan kepada aku semalam. Aku kata adik ko kan ada.. Tapi dia kata balik, alaa.. ko pun ok je.. Nanti kawin belah aku ko standby tau.. Aku ye kan je.. Bersungguh tak, berjanji pun tak. Tapi nak wat camner.. kena la tolong gak.. Sebab.. sebab dulu aku pun mintak dia jadi pengapit aku gak.. HAhahahaha...

The Legend of Hasegawa (afifi ali)


Tuesday, December 15, 2009

Brokband ini lembab macam tenuk.. hmm...


Tips auto: Cari barang untuk servis kereta

Esok aku nak pegi cari barang-barang utk servis kereta spt minyak itam (nak cari yang semi sintetik), oil filter dan lain2... Malam hantar pomen kawan aku.. selamat... Ni la first time nak hantar servis selain daripada hyundai service centre.. doa kan kete aku slamt ek.. hehe...

Wednesday, December 9, 2009

Auto-Tips for Today: MINYAK HITAM KENDERAAN Part 3


Kemusykilan Kereta Part 3


Kenapa kita perlu tuko minyak itam kereta? Minyak itam ni, keja dia bukan makan gaji macam kita, keja dia bagi protection kat besi2 yang bergesel kat dalam henjin keta kita tu. Minyak itam ni tidak lagi boleh berfungsi seperti biasa bagi protection selepas beberapa ribu kilometer, maka kalau dibiarkan jugak besi2 dalam henjin tu nanti akan bercalar. Paras minyak hitam kena check, jangan main taruk ja no, yang taruk tu pun pomen kedai. Balance minyak itam dari kedai tu amek bawak balik dan guna untuk top-up kalau kurang.

Ada 3 jenis minyak hitam di pasaran, mineral, semi sintetik atau kadang2 ditulis sintetik blend, dan fully sintetik. Macam mana minyak hitam ini dibuat dan apa beza antara 3 ni. Minyak mineral ni minyak semulajadi daripada minyak mentah manakala minyak sintetik dihasilkan di dalam makmal. Minyak sintetik ni lagi bagus dari mineral sebab dibuat ikut piawai tinggi, kira memenuhi semua keperluan le macam gitu. Yang semi sintetik tu separuh mineral, separuh sintetik. 

Ketahanan antara 3 jenis ni jugak berbeza :

Mineral              :           sehingga 5,000km
Semi                 :           7,000 - 8,000km
Fully                 :           sehingga 10,000km

Jadik kalu pakai minyak mineral, tuko setiap 5,000km sekali, semi setiap 7,500km sekali, fully setiap 10,000km sekali. Paling murah minyak mineral, lepas tu semi dan paling mahal fully. Lu mau baek punya ka, lu mau biasa punya ka, lu kira la sendiri.

Dekat botoi minyak itam ni jugak ada tulis 20w50, 15w40, 10w60. Ni bukan nombor ekor,nombor ni ada kerana minyak hitam kenderaan ni minyak multigrade atau pelbagai kelikatan.  

Tujuan ada banyak kelikatan ni adalah untuk menjaga enjin pada waktu sejuk dan pada waktu panas. Nombor depan tu kelikatan waktu sejuk, nombor belakang waktu panas. Nombor depan tu kalau lagi rendah lagi kurang likat, cair sket. Sebab tu bila pakai minyak semi atau fully rasa enjin keta best, ringan sket, dan senang start waktu pagi kerana nombor depan untuk semi ngan fully ni rendah. 20w50 ni biasa jumpa kat mineral, 15w40 semi dan 10w60 fully.Sesetengah minyak fully ada yang 0w60.

************************************************************
Soalan pengguna:
Farid  :           Bolehkah minyak masak digunakan untuk menggantikan minyak enjin kereta?
Mod   :           Tak boleh, sebab minyak masak tidak multigrade

Hafiz  :           Bolehkah minyak masak digunakan untuk memasak?
Mod   :           Boleh (Macam tak releven ja soalan ni).



Auto-Tips for Today: Minyak Enjin/Minyak Hitam


Kemusykilan Kereta Part 2

Soalan: 
Saya telah menggunakan kereta proton sticker selama lebeh kurang 5 tahun. Berapa lamakah sela masa yang sepatutnya untuk saya melakukan servis/penukaran minyak hitam sesuatu kenderaan.
~ Mr. X (bukan nama sebenar)


Jawapan:
Tak payah servis, cukup tahun abang jual, beli baru. Penjagaan servis sesuatu kenderaan adalah perkara yang paling penting supaya kenderaan anda beroperasi dengan lancar. Sila semak buku servis anda untuk mengetahui bila masa yang perlu untuk menukar sesuatu alat ganti kenderaan seperti plug, timing belt, brek dan sebagainya.

Jadi, bagi yang tak tau kata bila beli keta tu dapat buku servis sekali, boleh buat macam ni. Ada dua masa untuk servis/ tuko minyak itam, setiap 3 bulan sekali atau setiap 5000 km. 3 bulan sekali ni orang cakap kalau keta tak bjalan, kena tuko jugak, minyak jadi tak elok la, apa la tapi tak perlu rasa. Biasa yang cakap kena tuko 3 bulan ni tokey kedai cina ja, nak suh beli minyak itam kedai dia.

Biasanya orang tukar setiap 5000km sekali, senang nak ingat dan dalam buku servis biasa pun suruh tuko 5000km sekali. Walaubagaimanapun, jarak kilometer ni bergantung kepada jenis minyak itam yang kita pakai, samada mineral based, semi-sintetik atau fully sintetik. Penerangan berkaitan minyak itam ni akan diterangkan dengan lebih lanjut pada siri akan datang.
~ Moderator


 

Auto-Tips for Today: Kipas Turbo


Part merah tu la kipas turbo, tambah menda tu kat keta korang, jadila keta turbo (Jawapan daripada Moderator Forum Kemusykilan Kereta)

Thursday, December 3, 2009

Today's Joke: Congressman's Money

A thief stuck a pistol in a man's ribs and said, "Give me your money." 

The gentleman, shocked by the sudden attack, said "You cannot do this, I'm a United States congressman!" 

The thief said, "In that case, give me my money!"



Tuesday, December 1, 2009

Fatrice Kembali...!

Hari ini aku bwk dlm 20 bungkus nasi lemak @ fatrice kat Bahagian Akaun dan ICT. Sejak aku kurang deria hidu ni selera makin kurang. So nasik lemak chef Linda pun aku makan 98% je. Tapi tadi kat umah sebelum pegi keje, nenek Munah cakap  fatrice ni sedap gak. Oklah tu. So aku pun lega la..

Dalam pkl 11 am tadi aku check smua fatrice dah hbs dijual. Syukur alhamdulillah. Dapat la duit poket untuk chef Linda.

Sekarang aku nak tuggu kepala aku baik dan deria rasa/hidu aku pulih. Mudah2an takde pape yang serius. Amin...


Monday, November 30, 2009

Tips for Today: Wheel Alignment and Balancing


Wheel alignment and Wheel Balancing are two totally different things.  

1) Wheel alignment - consists of adjusting the angles of the wheels so that they are perpendicular to the ground and parallel to each other. The purpose of these adjustments is maximum tire life and a vehicle that tracks straight and true when driving along a straight and level road.


The symptoms of a car that is out of alignment are:
  • Uneven or rapid tire wear
  • Pulling or drifting away from a straight line
  • Wandering on a straight level road
  • Spokes of the steering wheel off to one side while driving on a straight and level road.

2) Wheel Balancing - allows the tires and wheels to spin without causing any vibrations.

The symptoms of a wheel that is out of balance are:

  • Vibration in the steering wheel at certain highway speeds.
  • Vibration in the seat or floorboard at certain highway speeds.
  • Scalloped or cupped wear pattern on the tires

Thursday, November 19, 2009

Tips on building a firm foundation for SUCCESS

Just want to share valuable quote on success factors.

From Rollo C. Hester:

“In building a firm foundation for SUCCESS, here are a few stones to remember:
1. The wisdom of preparation.
2. The value of confidence.
3. The worth of honesty.
4. The privilege of working.
5. The discipline of struggle.
6. The magnetism of character.
7. The radiance of health. 


8. The forcefulness of simplicity.
9. The winsomeness of courtesy.
10. The attractiveness of modesty.
11. The inspiration of cleanliness.
12. The satisfaction of serving.
13. The power of suggestion.
14. The buoyancy of enthusiasm.
15. The advantage of initiative.
 


16. The virtue of patience.
17. The rewards of co-operation.
18. The fruitfulness of perseverance.
19. The sportsmanship of losing.
20. The joy of winning.”

Tuesday, November 17, 2009

Tips hari ini: Skil asas bolasepak

Ada sapa-sapa tercari-cari panduan untuk skil asas bolasepak? Ini adalah antara yang termudah dan percuma.. Hehehe.. Selamat berlatih! (Tak sabar tunggu kaki baik.. minggu ni ada ICT@Futsal!!! Yeeaaaa!)

UEFA Training Ground : Asas Skil Bolasepak Anda


Monday, November 16, 2009

Tips untuk memilih Kiub Rubik pertama anda.

Aku nak kongsi pengalaman aku beli RUBIK kiub ni.

a) Kalau korang ada bajet dlm RM3 - RM5 je, cadangan aku ialah amik je mana2 kiub yg korang rasa mengikut bajet korang. Ape nak buat.. tu je yang kita mampu... :P. Tapi ada kemungkinan kiub murah ni susah nak twist dan nak pusing2.. Kadang2 kena letak pelincir sikit  baru sedap nak pusing. Sangkut2 sampai kadang2 sakit tangan. Boleh didapati dengan mudah di mana2 kedai permainan terutamanya di Nilai 3. Pic di bawah adalah contoh yang RM3.




b) Kalau bajet RM5 ke atas, korang boleh beli RUBIK kiub yang stretchable (tak sangkut2 kalau korang twist mana2 layer kiub tu). Ada yang color asas kiub dia putih dan ada yang hitam. Warna asas kiub putih agak mengganggu aku (pendapat peribadi aku.).. Kalau warna hitam kiub dia, nmpak macam ori cket dan mudah dilihat. Yang aku beli hari tu dekat alamanda putrajaya. Ada booth jual permainan budak2. Kongsi dengan Sarjan Ajis. So, korang boleh pusing2 dengan rancak dan lincah. Pic di bawah adalah contoh yang kiub yang sedap dipulas2. Selamat beRUBIK!

Friday, November 13, 2009

Futsal: Kaki ku krem..

Mlm tadi aku join perjasa punya training futsal kat cyberjaya. Segan sebab aku bukan reti main. Tapi geng2 tu ok je. Tak sombong dan tak serius sangat. So ble main dengan senyuman gak la.

Dekat sejam main, adalah dalam 6-7 kali aku keluar masuk ganti org lain. Hahaha.. pancit.. Rabu malam hari tu dah main dengan team ict wisma putra. Malam tadi main lg. Masak... Terjuih lidah beb.

Kena pulak dah hujung2 game, time aku nak sepak bola (skill la konon), tiba2 kaki aku keras kat betis.. Hhehehe.. dah lama tak rasa krem time main.. Krem tengah2 malam ada la masa tengah tido. Perghh... bisa berbisa beb..

Sabtu ni perjasa masuk tournament kt subang. ape ntah nama kort dia. HTo? Ape2la.. Risau gak aku tak pernah main tornment2 ni.. Janganla ada yang main rembat2.. Takuuutt... So, kepada semua team futsal ict wisma, meh la dtg tgk aku main.. hahaha...

Kredit to chef linda sbb bg izin aku main sbtu ni.. dan Pate (Macgdi) kerana perangkap aku utk join. tapi best jgk sbnrnye... pngalaman..

p/s: peta nak pegi HTO Futsal.


Anda buat, anda dapat.... :D

Thursday, November 12, 2009

Fatrice Squidward vs Fatrice Anchovies (ikan bilis)

Mengumumkan menu terbaru Fatrice Squidward di branch #1 dan #2 kami. Jutaan terima kasih kepada anda yang sentiasa setia dengan fatrice anchovies kami. Azmal Fatrice sentiasa mengalu-alukan belian/tempahan anda. Branch #1 kami di level 3 WP2 tetap menyediakan extra fatrice. Andainya anda missed kt branch #2, naiklah ke branch #1 ye.. Jangan malu-malu.. Ada juga Kopi Segera Radix dijual bersama untuk menikmati saat-saat indah sarapan anda dengan secawan kopi berkhasiat!


Azmal Fatrice... Keenakan resepi kampung...