Wednesday, December 9, 2009

Auto-Tips for Today: MINYAK HITAM KENDERAAN Part 3


Kemusykilan Kereta Part 3


Kenapa kita perlu tuko minyak itam kereta? Minyak itam ni, keja dia bukan makan gaji macam kita, keja dia bagi protection kat besi2 yang bergesel kat dalam henjin keta kita tu. Minyak itam ni tidak lagi boleh berfungsi seperti biasa bagi protection selepas beberapa ribu kilometer, maka kalau dibiarkan jugak besi2 dalam henjin tu nanti akan bercalar. Paras minyak hitam kena check, jangan main taruk ja no, yang taruk tu pun pomen kedai. Balance minyak itam dari kedai tu amek bawak balik dan guna untuk top-up kalau kurang.

Ada 3 jenis minyak hitam di pasaran, mineral, semi sintetik atau kadang2 ditulis sintetik blend, dan fully sintetik. Macam mana minyak hitam ini dibuat dan apa beza antara 3 ni. Minyak mineral ni minyak semulajadi daripada minyak mentah manakala minyak sintetik dihasilkan di dalam makmal. Minyak sintetik ni lagi bagus dari mineral sebab dibuat ikut piawai tinggi, kira memenuhi semua keperluan le macam gitu. Yang semi sintetik tu separuh mineral, separuh sintetik. 

Ketahanan antara 3 jenis ni jugak berbeza :

Mineral              :           sehingga 5,000km
Semi                 :           7,000 - 8,000km
Fully                 :           sehingga 10,000km

Jadik kalu pakai minyak mineral, tuko setiap 5,000km sekali, semi setiap 7,500km sekali, fully setiap 10,000km sekali. Paling murah minyak mineral, lepas tu semi dan paling mahal fully. Lu mau baek punya ka, lu mau biasa punya ka, lu kira la sendiri.

Dekat botoi minyak itam ni jugak ada tulis 20w50, 15w40, 10w60. Ni bukan nombor ekor,nombor ni ada kerana minyak hitam kenderaan ni minyak multigrade atau pelbagai kelikatan.  

Tujuan ada banyak kelikatan ni adalah untuk menjaga enjin pada waktu sejuk dan pada waktu panas. Nombor depan tu kelikatan waktu sejuk, nombor belakang waktu panas. Nombor depan tu kalau lagi rendah lagi kurang likat, cair sket. Sebab tu bila pakai minyak semi atau fully rasa enjin keta best, ringan sket, dan senang start waktu pagi kerana nombor depan untuk semi ngan fully ni rendah. 20w50 ni biasa jumpa kat mineral, 15w40 semi dan 10w60 fully.Sesetengah minyak fully ada yang 0w60.

************************************************************
Soalan pengguna:
Farid  :           Bolehkah minyak masak digunakan untuk menggantikan minyak enjin kereta?
Mod   :           Tak boleh, sebab minyak masak tidak multigrade

Hafiz  :           Bolehkah minyak masak digunakan untuk memasak?
Mod   :           Boleh (Macam tak releven ja soalan ni).



No comments:

Post a Comment