Monday, December 21, 2009

Lagenda Pengapit Sungai Besar

Salam..

Jumaat minggu lepas adalah Awal Muharam 1431 Hijriah. Aku pun balik kampung Sungai Besar dengan Chef Linda dan Khayraa. Ramainye orang kawin sabtu dan ahad mggu lepas. Kawan aku (Nizam Masruro) pun adalah salah seorang mangsa yang berkahwin minggu lepas ni.. hahah...

Cerita aku berkisar pada si pengapit pengantin lelaki kepada kawan aku yang kawin tu.. Actually kawan aku gak la.. selang 2 buah rumah je. Dari kecik bersukan bersama, pinjam Kreko dia, smuanya dia la.. Macam Abang Long la (ni dia yang declare diri sendiri... hahaha)..

Dipendekkan cerita, akhirnya si-pengapit ni akan kawin jugak selepas semua kawan2 dia yang lagi muda dan sebaya dengan dia dah kawin lebih awal... thn dpn insyaAllah dlm bulan Januari. Tapi sejarah kegemilangannya tak akan dapat dilupakan rakyat sungai besar. Kegemilangannya menjadi pengapit tetap kepada hampir 5-6 majlis perkahwinan sahabat2 baik nya...

Hebat kan? tapi dia best sebab dia sentiasa sudi membantu mjadi pengapit walaupun majlis tu jauh beribu batu.

Tapi dia nak kawin nnt siapa nk jadi pengapit dia? Itu la persoalan yang ditanyakan kepada aku semalam. Aku kata adik ko kan ada.. Tapi dia kata balik, alaa.. ko pun ok je.. Nanti kawin belah aku ko standby tau.. Aku ye kan je.. Bersungguh tak, berjanji pun tak. Tapi nak wat camner.. kena la tolong gak.. Sebab.. sebab dulu aku pun mintak dia jadi pengapit aku gak.. HAhahahaha...

The Legend of Hasegawa (afifi ali)


No comments:

Post a Comment