Monday, December 21, 2009

Lagenda Pengapit Sungai Besar

Salam..

Jumaat minggu lepas adalah Awal Muharam 1431 Hijriah. Aku pun balik kampung Sungai Besar dengan Chef Linda dan Khayraa. Ramainye orang kawin sabtu dan ahad mggu lepas. Kawan aku (Nizam Masruro) pun adalah salah seorang mangsa yang berkahwin minggu lepas ni.. hahah...

Cerita aku berkisar pada si pengapit pengantin lelaki kepada kawan aku yang kawin tu.. Actually kawan aku gak la.. selang 2 buah rumah je. Dari kecik bersukan bersama, pinjam Kreko dia, smuanya dia la.. Macam Abang Long la (ni dia yang declare diri sendiri... hahaha)..

Dipendekkan cerita, akhirnya si-pengapit ni akan kawin jugak selepas semua kawan2 dia yang lagi muda dan sebaya dengan dia dah kawin lebih awal... thn dpn insyaAllah dlm bulan Januari. Tapi sejarah kegemilangannya tak akan dapat dilupakan rakyat sungai besar. Kegemilangannya menjadi pengapit tetap kepada hampir 5-6 majlis perkahwinan sahabat2 baik nya...

Hebat kan? tapi dia best sebab dia sentiasa sudi membantu mjadi pengapit walaupun majlis tu jauh beribu batu.

Tapi dia nak kawin nnt siapa nk jadi pengapit dia? Itu la persoalan yang ditanyakan kepada aku semalam. Aku kata adik ko kan ada.. Tapi dia kata balik, alaa.. ko pun ok je.. Nanti kawin belah aku ko standby tau.. Aku ye kan je.. Bersungguh tak, berjanji pun tak. Tapi nak wat camner.. kena la tolong gak.. Sebab.. sebab dulu aku pun mintak dia jadi pengapit aku gak.. HAhahahaha...

The Legend of Hasegawa (afifi ali)


Tuesday, December 15, 2009

Brokband ini lembab macam tenuk.. hmm...


Tips auto: Cari barang untuk servis kereta

Esok aku nak pegi cari barang-barang utk servis kereta spt minyak itam (nak cari yang semi sintetik), oil filter dan lain2... Malam hantar pomen kawan aku.. selamat... Ni la first time nak hantar servis selain daripada hyundai service centre.. doa kan kete aku slamt ek.. hehe...

Wednesday, December 9, 2009

Auto-Tips for Today: MINYAK HITAM KENDERAAN Part 3


Kemusykilan Kereta Part 3


Kenapa kita perlu tuko minyak itam kereta? Minyak itam ni, keja dia bukan makan gaji macam kita, keja dia bagi protection kat besi2 yang bergesel kat dalam henjin keta kita tu. Minyak itam ni tidak lagi boleh berfungsi seperti biasa bagi protection selepas beberapa ribu kilometer, maka kalau dibiarkan jugak besi2 dalam henjin tu nanti akan bercalar. Paras minyak hitam kena check, jangan main taruk ja no, yang taruk tu pun pomen kedai. Balance minyak itam dari kedai tu amek bawak balik dan guna untuk top-up kalau kurang.

Ada 3 jenis minyak hitam di pasaran, mineral, semi sintetik atau kadang2 ditulis sintetik blend, dan fully sintetik. Macam mana minyak hitam ini dibuat dan apa beza antara 3 ni. Minyak mineral ni minyak semulajadi daripada minyak mentah manakala minyak sintetik dihasilkan di dalam makmal. Minyak sintetik ni lagi bagus dari mineral sebab dibuat ikut piawai tinggi, kira memenuhi semua keperluan le macam gitu. Yang semi sintetik tu separuh mineral, separuh sintetik. 

Ketahanan antara 3 jenis ni jugak berbeza :

Mineral              :           sehingga 5,000km
Semi                 :           7,000 - 8,000km
Fully                 :           sehingga 10,000km

Jadik kalu pakai minyak mineral, tuko setiap 5,000km sekali, semi setiap 7,500km sekali, fully setiap 10,000km sekali. Paling murah minyak mineral, lepas tu semi dan paling mahal fully. Lu mau baek punya ka, lu mau biasa punya ka, lu kira la sendiri.

Dekat botoi minyak itam ni jugak ada tulis 20w50, 15w40, 10w60. Ni bukan nombor ekor,nombor ni ada kerana minyak hitam kenderaan ni minyak multigrade atau pelbagai kelikatan.  

Tujuan ada banyak kelikatan ni adalah untuk menjaga enjin pada waktu sejuk dan pada waktu panas. Nombor depan tu kelikatan waktu sejuk, nombor belakang waktu panas. Nombor depan tu kalau lagi rendah lagi kurang likat, cair sket. Sebab tu bila pakai minyak semi atau fully rasa enjin keta best, ringan sket, dan senang start waktu pagi kerana nombor depan untuk semi ngan fully ni rendah. 20w50 ni biasa jumpa kat mineral, 15w40 semi dan 10w60 fully.Sesetengah minyak fully ada yang 0w60.

************************************************************
Soalan pengguna:
Farid  :           Bolehkah minyak masak digunakan untuk menggantikan minyak enjin kereta?
Mod   :           Tak boleh, sebab minyak masak tidak multigrade

Hafiz  :           Bolehkah minyak masak digunakan untuk memasak?
Mod   :           Boleh (Macam tak releven ja soalan ni).



Auto-Tips for Today: Minyak Enjin/Minyak Hitam


Kemusykilan Kereta Part 2

Soalan: 
Saya telah menggunakan kereta proton sticker selama lebeh kurang 5 tahun. Berapa lamakah sela masa yang sepatutnya untuk saya melakukan servis/penukaran minyak hitam sesuatu kenderaan.
~ Mr. X (bukan nama sebenar)


Jawapan:
Tak payah servis, cukup tahun abang jual, beli baru. Penjagaan servis sesuatu kenderaan adalah perkara yang paling penting supaya kenderaan anda beroperasi dengan lancar. Sila semak buku servis anda untuk mengetahui bila masa yang perlu untuk menukar sesuatu alat ganti kenderaan seperti plug, timing belt, brek dan sebagainya.

Jadi, bagi yang tak tau kata bila beli keta tu dapat buku servis sekali, boleh buat macam ni. Ada dua masa untuk servis/ tuko minyak itam, setiap 3 bulan sekali atau setiap 5000 km. 3 bulan sekali ni orang cakap kalau keta tak bjalan, kena tuko jugak, minyak jadi tak elok la, apa la tapi tak perlu rasa. Biasa yang cakap kena tuko 3 bulan ni tokey kedai cina ja, nak suh beli minyak itam kedai dia.

Biasanya orang tukar setiap 5000km sekali, senang nak ingat dan dalam buku servis biasa pun suruh tuko 5000km sekali. Walaubagaimanapun, jarak kilometer ni bergantung kepada jenis minyak itam yang kita pakai, samada mineral based, semi-sintetik atau fully sintetik. Penerangan berkaitan minyak itam ni akan diterangkan dengan lebih lanjut pada siri akan datang.
~ Moderator


 

Auto-Tips for Today: Kipas Turbo


Part merah tu la kipas turbo, tambah menda tu kat keta korang, jadila keta turbo (Jawapan daripada Moderator Forum Kemusykilan Kereta)

Thursday, December 3, 2009

Today's Joke: Congressman's Money

A thief stuck a pistol in a man's ribs and said, "Give me your money." 

The gentleman, shocked by the sudden attack, said "You cannot do this, I'm a United States congressman!" 

The thief said, "In that case, give me my money!"



Tuesday, December 1, 2009

Fatrice Kembali...!

Hari ini aku bwk dlm 20 bungkus nasi lemak @ fatrice kat Bahagian Akaun dan ICT. Sejak aku kurang deria hidu ni selera makin kurang. So nasik lemak chef Linda pun aku makan 98% je. Tapi tadi kat umah sebelum pegi keje, nenek Munah cakap  fatrice ni sedap gak. Oklah tu. So aku pun lega la..

Dalam pkl 11 am tadi aku check smua fatrice dah hbs dijual. Syukur alhamdulillah. Dapat la duit poket untuk chef Linda.

Sekarang aku nak tuggu kepala aku baik dan deria rasa/hidu aku pulih. Mudah2an takde pape yang serius. Amin...