Wednesday, December 9, 2009

Auto-Tips for Today: Minyak Enjin/Minyak Hitam


Kemusykilan Kereta Part 2

Soalan: 
Saya telah menggunakan kereta proton sticker selama lebeh kurang 5 tahun. Berapa lamakah sela masa yang sepatutnya untuk saya melakukan servis/penukaran minyak hitam sesuatu kenderaan.
~ Mr. X (bukan nama sebenar)


Jawapan:
Tak payah servis, cukup tahun abang jual, beli baru. Penjagaan servis sesuatu kenderaan adalah perkara yang paling penting supaya kenderaan anda beroperasi dengan lancar. Sila semak buku servis anda untuk mengetahui bila masa yang perlu untuk menukar sesuatu alat ganti kenderaan seperti plug, timing belt, brek dan sebagainya.

Jadi, bagi yang tak tau kata bila beli keta tu dapat buku servis sekali, boleh buat macam ni. Ada dua masa untuk servis/ tuko minyak itam, setiap 3 bulan sekali atau setiap 5000 km. 3 bulan sekali ni orang cakap kalau keta tak bjalan, kena tuko jugak, minyak jadi tak elok la, apa la tapi tak perlu rasa. Biasa yang cakap kena tuko 3 bulan ni tokey kedai cina ja, nak suh beli minyak itam kedai dia.

Biasanya orang tukar setiap 5000km sekali, senang nak ingat dan dalam buku servis biasa pun suruh tuko 5000km sekali. Walaubagaimanapun, jarak kilometer ni bergantung kepada jenis minyak itam yang kita pakai, samada mineral based, semi-sintetik atau fully sintetik. Penerangan berkaitan minyak itam ni akan diterangkan dengan lebih lanjut pada siri akan datang.
~ Moderator


 

No comments:

Post a Comment